JIM JOHOR TAHAN 65 PATI SEKITAR JOHOR
JIM Johor Tahan 65 PATI DI sekitar Johor. 65 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor ekoran dipercayai bekerja dan tinggal di Malaysia tanpa sebarang pas atau permit yang sah serta tinggal lebih masa di Malaysia. Sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor dan pegawai Unit Penguatkuasa Cawangan Mersing membuat serbuan di 28 premis yang melibatkan 26 premis di Johor Bahru dan 2 premis di Mersing pada 12 Februari dan 13 Februari 2024. Tindakan diambil susulan aduan awam yang diterima menyatakan terdapat beberapa warganegara asing yang tinggal dan bekerja tanpa pas/permit yang sah di premis tersebut. Dalam operasi itu seramai 147 orang warga asing serta tempatan telah diperiksa dan 65 daripada mereka telah ditahan. Seorang warga Bangladesh berusia 41 tahun dipercayai Pengurus premis telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B kerana mengambil pekerja satu atau lebih warga asing yang tidak memiliki pas yang sah. Sebanyak 11 ...