JIM JOHOR TAHAN 65 PATI SEKITAR JOHOR

 JIM Johor Tahan 65 PATI DI sekitar Johor. 

65 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor ekoran dipercayai bekerja dan tinggal di Malaysia tanpa sebarang pas atau permit yang sah serta tinggal lebih masa di Malaysia.

Sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor dan pegawai Unit Penguatkuasa Cawangan Mersing membuat serbuan di 28 premis yang melibatkan 26 premis di Johor Bahru dan 2 premis di Mersing pada 12 Februari dan 13 Februari 2024.

Tindakan diambil susulan aduan awam yang diterima menyatakan terdapat beberapa warganegara asing yang tinggal dan bekerja tanpa pas/permit yang sah di premis tersebut. Dalam operasi itu seramai 147 orang warga asing serta tempatan telah diperiksa dan 65 daripada mereka telah ditahan.














Seorang warga Bangladesh berusia 41 tahun dipercayai Pengurus premis telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B kerana mengambil pekerja satu atau lebih warga asing yang tidak memiliki pas yang sah. Sebanyak 11 Notis hadir ke pejabat dikeluarkan kepada individu-individu dalam operasi tersebut bagi membantu siasatan.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor akan terus mempergiatkan lagi usaha penguatkuasaan di seluruh negeri Johor hampir setiap hari bagi membanteras isu kebanjiran PATI yang dilihat semakin galak menguasai sesuatu kawasan. Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap PATI yang melanggar undang-udang serta majikan dan pemilik premis yang menggajikan pekerja asing tanpa dokumen perjalanan dan pas/permit kerja yang sah.






Kesemua mereka yang ditahan adalah 30 orang lelaki warga Bangladesh, 15 orang lelaki dan 3 orang perempuan warga Indonesia, 6 orang lelaki dan 1 orang perempuan warga India, 5 orang lelaki warga Pakistan, seorang perempuan warga Thailand, seorang perempuan warga Kemboja, seorang lelaki warga Myanmar, seorang lelaki warga Nepal dan seorang lelaki warga Yaman. Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 49 tahun.

Kesemua mereka dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan. 

#bpjeya #jeyaprakash #imigresen

Comments

Popular posts from this blog

SINDIKET REKABLIRASI TENAGA KERJA 2.0 TUMPAS